Spring Text - http://www.springtext.com

Thursday 25 June 2009

Aktiviti JTP


Ahli Jabatan Teknologi Pendidikan

Wednesday 24 June 2009

Pusat Penetasan Penyu di Masjid Tanah


Technology

teknologi kita

Blogged with the Flock Browser

Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (TCPK)

Lampert dan Ball (1999) melaporkan bahawa persediaan profesional guru-guru baru selalunya
tidak bermakna atau tidak praktikal dan bakal-bakal guru ini sering dipengaruhi oleh apa yang
mereka lihat apabila guru mereka mengajar. Ekoran itu, sepanjang lima tahun lepas penyelidik
telah memulakan program penyelidikan yang sistematik dalam usaha untuk mengenal pasti
kekurangan kerangka teori untuk membimbing guru perlatih dalam penyepaduan teknologi.
Tujuan program penyelidikan tersebut adalah untuk memperkembangkan teori dan model-model
untuk penyelidikan yang menyeluruh dalam bidang pendidiksn guru tentang penyepaduan
teknologi (Mishra & Koehler, 2006; Angeli, 2008). Usaha mereka telah menghasilkan konsep
pengetahuan teknologi pedagogi kandungan atau PTPK yang memberi perhatian kepada
merancang dan mengajar secara efektif menggunakan teknologi (Mishra & Koehler, 2006; Niess,
2005).
Menurut Mishra dan Koeler (2006), secara praktiknya, PTPK merupakan gabungan elemen
kandungan, pedagogi dan teknologi. Konsep ini mengutarakan kemahiran penggunaan teknologi
dalam pendidikan haruslah memberi perhatian kepada ketiga aspek ini supaya tidak terbatas
kepada kemahiran teknologi sahaja sehingga penggunaan teknologi dalam bilik darjah tidak
berkesan. PTPK boleh dilihat sebagai jelmaan daripada Pengetahuan Pedagogi Kandungan
(PPK), Pengetahuan Teknologi Kandungan (PTK), Pengetahuan Teknologi Pedagogi (PTP), dan
apabila digabungjalinkan ia menjadi Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK)
Blogged with the Flock Browser